Khamis, 19 Januari 2012

::S.A.H.A.B.A.T::




Sahabat dengarkanlah luahan hatiku..
Sahabat,pertama kali aku mengenalimu
aku tahu kau adalah anugerah terindah buat diriku..
Sahabat,engkau mengajarku erti kesabaran dalam
menempuh liku kehidupan...
Sahabat,engkau selalu berada disisiku
kala susah dan senangku..
Sahabat,adakah engkau tahu aku amat menyayangimu??
Sahabat,ku tahu apa yang kita lalui sekarang
banyak cubaan dan rintangannya..
Aku berharap persahabatan kita berkekalan..
Sahabat,ku ingin kau tahu 
aku amat bahagia mengenalimu,
Sahabat,engkau banyak mengajarku tentang keimanan..
Bila ku melihat matamu, diri ini berasa ingin menangis 
dek kerana matamu terpancar sinar keimanan 
dan matamu membuatkan ku teringat
akan nasihatmu dan tingkah lakumu,
perbuatanmu dan kata-katamu 
mengingatkanku tentang kematian yang pasti datang..
Sahabat,ku ingin mohon ampun dan maaf 
andai selama ini aku banyak menyakiti 
dan melukaimu hatimu...
Maafkan sahabatmu ini yang tidak sempurna 
dan banyak melakukan kesilapan.
Sahabat,andai ini warkah ku 
yang terakhir ku menulis coretan hatiku terhadapmu,
ku inginkau tahu bahawa aku amat menyayangimu...
Jika ini coretan terakhirku baca dan hayatilah
          Andai esok nafasku mati,
          Ingatlah detik terakhir ini,
          Andai esok nadiku mati,
          Maafkanlah segala kesalahanku...
Hanya satu ku ingin kau tahu,
Sahabat,kau tetap sahabatku dunia dan akhirat..
Walaupun jasadku telah dimamah bumi kau tetap 
SAHABATKU..... SUBHANALLAH!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan